Friday, April 1, 2011

nukilan ...

ENGKAU
satu CINTA yang selamanya aku cari..
tiada waktu yang kutinggalkan
demi cintaku kepada MU

Apakah ada lagi selainNYA yang lebih layak diletakkan pada cinta tertinggi??

"...Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah..sesungguhnya DIA mengetahui segala isi hati mu..."


begitu sukar untuk menghadapi jalan cerita yang Engkau berikan pada ku Ya Tuhan..
namun aku tau....
segala yang berlaku adalah ketentuan yang telah Engkau aturkan untukku..
untuk aku berada lebih dekat dengan MU
untuk aku lebih bersedia dalam menghadapi ujian lain yang mendatang
syukur.... sekurang-kurangnya aku masih mampu tersenyum..
walaupun mungkin kadang-kadang
jiwa selalu merintih perlahan
menghalang diri dari selalu mengeluh
mendekatkan diri denganmu dengan berdiam diri...
memohon cuti dari berkata-kata....
hanya jiwa yang berkumandang dengan zikir munajat..

Ya Tuhan..
cuma aku terkadang alpa
ingatkan aku ya Tuhan
bahawa aku hanyalah umatmu yang kerdil
bahawa ENGKAU adalah yang AGUNG
TUHAN YA MAHA BESAR...

Ya Ilahi
Moga aku mendapat keredhaanMU
di dunia dan juga di akhirat..

~AMIN YA ROBBALALAMIN~


~with love~
fullmoon_san